SEBELUM-SELEPAS

Berpandukan konsep 5S iaitu SISIH, SAPU, SUSUN, SERAGAM, dan SENTIASA AMAL, semua kakitangan dan AJK 5S Zon Mawar berganding bahu untuk memulakan langkah melaksanakan Amalan 5S.
Sebagai permulaan, Zon Mawar memilih hari bekerja dengan mengambil sedikit masa untuk memulakan aktiviti gotong-royong. Perkara ini adalah bertepatan dengan konsep pertama Amalan 5S iaitu SISIH. Seterusnya, Zon Mawar melaksanakan Konsep 5 Minit Sebelum dan 5 Minit Selepas waktu bekerja untuk memastikan konsep Amalan 5S terus dipatuhi. Melalui Amalan 5S ini terdapat banyak perubahan dari segi kuantitatif dan juga kualitatif terhasil.