Zon Mawar melaksanakan dasar 5S secara berperingkat. Ia melibatkan perlantikan organisasi untuk AJK Induk dan AJK 5S di Zon masing-masing. AJK 5S Zon Mawar dilantik melalui Mesyuarat 5S yang telah dilaksanakan sebelum memulakan pembahagian tugas yang diketuai oleh ketua kumpulan. Pembahagian tugasan adalah mengikut kawasan tertentu dan berdasarkan warna yang telah ditetapkan. Perlaksanaan tugas dibahagikan mengikut ketua kumpulan A,B dan C sebagimana gambar berikut.
- Carta organisasi 5S
- Zon Mawar juga telah merangka kerja dan tugasan dengan teratur. Ini juga melibatkan Logo Zon Mawar yang sememangnya berkait rapat dari segi matlamat, objektif dan skema warna dengan Amalan 5S yang sedang dipraktikkan.