APA ITU 5S..
- 5S merupakan satu amalan budaya kerja dalam masyarakat Jepun. Mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah dimulakan dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudianya dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Coloumbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico.
- Amalan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif
- Kebersihan, kekemasan dan keselamatan nyata dilihat
- Memastikan mesin dan alat kelengkapan menjadi bersih, berfungsi dan cekap tanpa masalah
- membina budaya kreatif dan inovatif untuk penyelesaian
OBJEKTIF
- Menjadikan amalan 5S dan persekitaran sebagai budaya di tempat kerja
- Untuk memastikan persekitaran dan suasana kerja yang sentiasa bersih, kemas dan ceria sepanjang masa
- Untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan kekitaan serta bermotivasi di kalangan warga kerja
- Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi
- Memberikan kesedaran kualiti di kalangan kakitangan melalui komunikasi secara terbuka dalam pertukaran idea, pandangan, pengalaman dan bekerjasama dengan ceria
DASAR 5S
- Warga Imigresen sentiasa bekerjasama demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, selesa dan selamat. Warga Imigresen membudayakan secara berterusan amalan persekitaran yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan
PENGLIBATAN SEMUA KAKITANGAN
- Semua kakitangan di dalam pertubuhan mesti melibatkan diri dalam program 5s
- Semua kakitangan harus memahami sebab-sebab munasabah program 5S harus diamalkan di tempat kerja iaitu :
i. tempat kerja yang bersih mempunyai produktiviti tinggi
ii. tempat kerja yang bersih mempunyai mutu yang tinggi
iii. tempat kerja yang bersih mengurangkan kos
iv. tempat kerja yang bersih memastikkan pengiriman tepat pada masanya
v. tempat kerja yang bersih adalah tempat kerja yang selamat
vi. tempat kerja yang bersih mempunyai semangat peransang yang tinggi
- Program 5S akan lebih berkesan jika dijadikan salah satu aktiviti di dalam aktiviti-aktiviti kumpulan kecil
No comments:
Post a Comment